FACEBOOK FEED
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA4 hours ago
Salam Jumaat, melanjut tulisan tentang keikhlasan oleh sahabat kami sepekan lalu (Dtk Dr. Fathul Bari), wadah dan medan perjuangan kami mungkin berbeza, namun keikhlasan kerana sanya semata-semata untuk Allah SWT adalah asas dan kejayaan kepada setiap perjuangan yang jika ikhlas akan bermatlamatkan yang Esa. Pertamanya, kami mengingat diri yang faqir ini yang serba kurang…
Apabila setiap nafas, denyut nadi dan langkah dimulakan dengan niat yang ikhlas, maka setiap setiap amal perbuatan dan khidmat yang diberikan menjadi satu ibadah , dan setiap pengorbanan yang dilakukan pasti mengundang keberkatan dan kemenangan dengan nusrah Allah jua.
Teruskanlah berjuang dan berbakti tanpa mengharapkan pulangan dan pujian, kerana nilai sebenar sebuah perjuangan bukan diukur pada pangkat, jawatan atau kedudukan, tetapi hanya pada keikhlasan hati dalam menabur bakti dan khidmat demi agama, bangsa dan tanahair.
Semoga setiap usaha yang kita lakukan menjadi amal yang diterima dan memberi manfaat kepada ramai.
Keadilan dan keberkatan hanya akan terbit dengan Keihklasan…
قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dengan mengikhlaskan amal kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
(Al A’raf 29)
Dalam setiap perjuangan pastinya adalah pertembungan antara yang haq dan yang batil, dengan keikhlasan, yakinlah, yang batil itu pasti lenyap…
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
(Al Isra’ 81)
Dalam dialog Iblis yang dilaknat Allah SWT jelas meletakkan hanya satu syarat kita terselamat dari bisikan, tipu daya, helah, sihir atau apa saja pedaya dalam perjuangan kehidupan menegakkan yang haq, itulah dia keikhlasan…itu lah jalan yang lurus yang dipelihara oleh Allah SWT, tiada penguasaan lain terhadap hamba Allah yang Ikhlas kerana wujudnya ia kerana keabdiannya kepada Allah yang Esa.
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ
Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya).
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.
Keistimewaan orang yang ikhlas ini dinyatakan Allah di pelbagai keadaan dalam kesah Al-Quran dan diulang-ulang supaya kita ingat dan berusaha untuk mencapai maqam Ikhlas.
(Al Hijr 39-42)
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.
(AsSaffat 40, 74, 128, 160)
لَكُنَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
benar-benar kami akan jadi hamba Allah yang ikhlas"
(AsSaffat 169)
Iblis dan sekutunya pasti menyesat dan memperdaya mengelincir dari perjuangan yang haq bukan atas kekuasaannya tetapi dengan izin kekuasaan Allah jua,
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya,

kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.
(Sad 82-83)
Berpegang teguhlah kita dengan keikhlasan, bisikan Iblis dan sekutunya dari kalangan manusia dan jin itu pasti, cubaan memesong amal yang dibuat untuk tujuan lain dari kerana Allah.. untuk dipandang mulia, ingin dipuji, dikata bijak, gagah, imbuhan duniawi, tapi jangan diizinkan, kerana itu lah yang akan menjadi punca kepada kecewa, dendam, putus harap dan permusuhan…
قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَّهُ دِينِ
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.
(AzZumar 14)
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
(Ghafir 14)
هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Ghafir 65)
AllahuA’lam
Semoga Allah rezkikan kita tergolong dalam golongan yang Muqsiṭ, Muhsin dan Mukhlis, amin 🤲🏽.
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA17 hours ago
Pagi Khamis, 20 Ogos 2026, Alhamdulillah, sempurnalah Majlis Pelancaran Pelan Strategik UiTM 2030 oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti. Majlis telah berlangsung dengan meriah di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Turut hadir, Pro Canselor, Ahli-Ahli LPU, MEU, Majlis Rektor, Majlis Dekan, Majlis Profesor, Kesatuan dan Persatuan kakitangan, MPP, Alumni, Ahli Mesyuarat Pengurusan Kanan Universiti, dan jemputan termasuk pihak media.
Terima kasih kepada semua pihak yahg telah menjayakan majlis ini juga kepada semua yang telah menyumbang kepada terbentuknya UiTM2030, khususnya kepada warga TRU, Terima kasih 🙏🏼.
Kami telah menyampaikan intipati pelan strategik UiTM 2030 dan menutup dengan enam rangkap pantun perjuangan…
Berpantang maut sebelum ajal,
Padu tekad MARA berjuang;
Usaha, Takwa, Mulia dijulang,
Syiar UiTM terus gemilang
Benteng dibina pahlawan berani,
Perisai disisip bersiap siaga;
Payung BUDI teras murni,
Agama dan Raja dijunjung dijaga!
Membelah ombak pahlawan perkasa,
Demi negara sanggup berkorban;
UiTM unggul sepanjang masa,
Pemacu Bumiputra profesional jadi harapan
Gagah melangkah di medan perang,
Darah pejuang tumpah ke bumi; Memupuk hikmah bakat cemerlang,
Memperkasa impak buat pertiwi
Keris dihunus membela bangsa,
Gagah berani menempuh musuh;
Teras BUDI panduan sentosa,
Matlamat UiTM2030 laksanakan bersungguh
Hunuslah pena tajamkan akal,
Gagah melangkah ke medan laga;
Ilmu dan adab jangan ditinggal,
Martabat bangsa terus dijaga!
Merdeka!

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA1 Day ago
𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐔𝐢𝐓𝐌𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟎)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seluruh warga UiTM (staf dan mahasiswa) dijemput untuk bersama-sama menyaksikan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐔𝐢𝐓𝐌𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟎), yang akan memperkenalkan Pelan strategik UiTM bagi tempoh lima tahun.
📅 Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📺 Siaran Langsung: YouTube UiTM Channel
https://www.youtube.com/live/oGxJ0zTfwoY
Ayuh ikuti bersama, semarakkan semangat kebersamaan dan menyokong agenda transformasi UiTM menuju UiTM2030.
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seluruh warga UiTM (staf dan mahasiswa) dijemput untuk bersama-sama menyaksikan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐔𝐢𝐓𝐌𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟎), yang akan memperkenalkan Pelan strategik UiTM bagi tempoh lima tahun.
📅 Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📺 Siaran Langsung: YouTube UiTM Channel
https://www.youtube.com/live/oGxJ0zTfwoY
Ayuh ikuti bersama, semarakkan semangat kebersamaan dan menyokong agenda transformasi UiTM menuju UiTM2030.
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Majlis Pelancaran Pelan Strategik UiTM 2030
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
FACTS & FIGURES
0
Scrolls
0
Students
0
Staff
0
Campuses
0
Programmes
Data as at September 2025 | Source : University Transformation Division
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.